Monday 12 March 2018

Cash Flow


Assalamualaikum semua. You all sihat ke? Bonda is so tired. Harini stay je kat rumah. Biasalah keje sendiri memang cemni. Harini nak share macam mana nak analisis mendapatkan keseimbangan antara pendapatan dan perbelanjaan. Sejak kawin, setiap bulan saya akan sediakan anggaran belanjawan. Tujuannya, bukan nak berkira dalam rumahtangga. Lepas kawin gaji suami berapa je, lepas tu dapat rezeki gaji lagi besar, tapi masih tidak cukup. Dari lepas kawin je, memang saya buat dari 2015-2018.Sebenarnya benda ni kita dah belajar masa di sekolah untuk subjek Kemahiran Hidup.

Tips: Kita kena kenalpasti tingkat keutamaan perbelanjaan kita: daruriyat, hajiyat, tahsiniyat

kalau saya, listkan hutang wajib dahulu seperti
                                                                         💓 kereta
💓 rumah 
💓 kad kredit
💓 loan bank
💓 pengasuh anak

yang itulah paling utama.  Seronok buat bersama sama suami kita. Kita tahu kat mana duit suami kita dihabiskan. yang penting bukan pada isteri tetapi pada tanggungjawab seorang suami. Orang kata, alam rumahtangga ni, bila susah, suami akan setia dengan kita, bila dah senang dia akan lupakan kita. Kesetiaan suami diuji ketika  dia susah. Saya kata ia jodoh itu rahsia ilahi. Tidak Allah jadikan sesuatu tanpa makna disebaliknya.  
 
 yang penting, kita semua kena ada buku CASH FLOW. Untuk lihat aliran keluar masuk duit kita. akhir bulan, kita akan rasa suatu keseronokan. :)

Biarlah suami kita kata kita boros sekalipun, kalau dia kata kita boros, sebenarnya dia lah yang boros kerana isteri adalah cerminan suami. just lets smile.

Ini perbelanjaan untuk minggu ke dua. minggu pertama sibuk tak sempat nak tulis, next time kena bawak everywhere masuk dalam handbag.


Begitu banyak kebijaksanaan yang perlu ada dalam menguruskan kewanga di dalam proses penyediaan belanjawan keluarga yang berhemah, bijak dan berimbang. Ukur baju di badan sendiri; jika melihat bintang di langit jangan lupa rumput di bumi; mendengar guruh di langit, air tempayan jangan dicurahkan dan sesenarai panjang peribahasa yang seumpamanya. Paling penting ialah peruntukan belanjawan yang dibuat mempunyai nilai ibadah dan akur terhadap segala prinsip yang digariskan jangan sampai semua harta disedekah pada orang lain, anak isteri kebuluran dari pagi hingga ke pagi semula. 


Tips murah rezeki: Bila terbaca kisah mereka yang perlukan bantuan di surat khabar, pasti saya akan menyumbang walaupun RM10.





1 comment:

  1. Install app Money Manager kat phone senang :) Lama tak jenguk blog awak hehe

    ReplyDelete

Faeature post

Review first time in Langkawi