Tuesday 3 April 2018

Review first time in Langkawi

Bismillahirrahmanirrohim. Assalamualaikum. Last week bonda makan angin at Pulau Langkawi. Bestnya ya Allah, nak pegi lagi please. Bonda tak bawa My Son sebabnya dia tidak berapa sihat. jadinya bonda servey place dulu untuk bawa Mr. F for next. Rasanya tempat ni tak sesuai untuk kids sebabnya so dangerous dan suhu pun agak tinggi. ramai juga bonda perhatikan so many young parent bawa baby they all datang sini. 

so, bonda not allowed my son to vacation here sebabnya di masih dalam zaman baby lagi. Bulan 5 ni cukup 2 tahun. Bonda ada you je fahim, bonda tak sanggup nak tengok you berlari naik sky bridge dan sky cab. Tunggu you matang nanti bonda bring you here with nekma and tok bah. Next time nak pegi dengan flight. Dah tak sanggup rasanya nak kena naik feri dengan keadaan camtu. Maybe bond atak selesa and tak pernah merasa susahnya angkut barang dengan keadaan camtu. Mayb next time boleh adapt sebabnya dah faham macam mana situasi kat feri.

bawak duit sepuluh ribu pun rasa nya tak cukup sebab bonda ni kaki shopping deco-deco rumah. Lepas ni bonda terus nak jadi agent langkawi. haha sebab seronok. 1st time rasa seronok bercuti cam ni sebab tak penah merasa betul2 feel..kali ni rasa betul2 jadi diri sendiri cam zaman bebujang dulu. Semua guna duit sediri. Bonda habiskan duit dalam RM500 je lebih kurang camtulah. next entry bonda letak details okey.


jatuh cinta dengan dulang bertatahkan emas berkarat karat haha

Monday 12 March 2018

Cash Flow


Assalamualaikum semua. You all sihat ke? Bonda is so tired. Harini stay je kat rumah. Biasalah keje sendiri memang cemni. Harini nak share macam mana nak analisis mendapatkan keseimbangan antara pendapatan dan perbelanjaan. Sejak kawin, setiap bulan saya akan sediakan anggaran belanjawan. Tujuannya, bukan nak berkira dalam rumahtangga. Lepas kawin gaji suami berapa je, lepas tu dapat rezeki gaji lagi besar, tapi masih tidak cukup. Dari lepas kawin je, memang saya buat dari 2015-2018.Sebenarnya benda ni kita dah belajar masa di sekolah untuk subjek Kemahiran Hidup.

Tips: Kita kena kenalpasti tingkat keutamaan perbelanjaan kita: daruriyat, hajiyat, tahsiniyat

kalau saya, listkan hutang wajib dahulu seperti
                                                                         💓 kereta
💓 rumah 
💓 kad kredit
💓 loan bank
💓 pengasuh anak

yang itulah paling utama.  Seronok buat bersama sama suami kita. Kita tahu kat mana duit suami kita dihabiskan. yang penting bukan pada isteri tetapi pada tanggungjawab seorang suami. Orang kata, alam rumahtangga ni, bila susah, suami akan setia dengan kita, bila dah senang dia akan lupakan kita. Kesetiaan suami diuji ketika  dia susah. Saya kata ia jodoh itu rahsia ilahi. Tidak Allah jadikan sesuatu tanpa makna disebaliknya.  
 
 yang penting, kita semua kena ada buku CASH FLOW. Untuk lihat aliran keluar masuk duit kita. akhir bulan, kita akan rasa suatu keseronokan. :)

Biarlah suami kita kata kita boros sekalipun, kalau dia kata kita boros, sebenarnya dia lah yang boros kerana isteri adalah cerminan suami. just lets smile.

Ini perbelanjaan untuk minggu ke dua. minggu pertama sibuk tak sempat nak tulis, next time kena bawak everywhere masuk dalam handbag.


Begitu banyak kebijaksanaan yang perlu ada dalam menguruskan kewanga di dalam proses penyediaan belanjawan keluarga yang berhemah, bijak dan berimbang. Ukur baju di badan sendiri; jika melihat bintang di langit jangan lupa rumput di bumi; mendengar guruh di langit, air tempayan jangan dicurahkan dan sesenarai panjang peribahasa yang seumpamanya. Paling penting ialah peruntukan belanjawan yang dibuat mempunyai nilai ibadah dan akur terhadap segala prinsip yang digariskan jangan sampai semua harta disedekah pada orang lain, anak isteri kebuluran dari pagi hingga ke pagi semula. 


Tips murah rezeki: Bila terbaca kisah mereka yang perlukan bantuan di surat khabar, pasti saya akan menyumbang walaupun RM10.





Friday 9 March 2018

My skin care


Ada duit sendiri, baru la boleh nak merasa pakai satu set Mary Kay👉👈 Dah senja ni kulit pun dah sagging, lagi lagi banyak sangat masalah yang datang. Sebahagiannya tak snap picture. Insyaallah next entry i upload.


Pencuci muka tu, hm tak best pun. so now dah abes sebotol pencuci muka, i need back to cosmoderm, at least ada jugak buih berbanding feel berminyak dekat kulit lepas cuci muka. yang lain semua best. Kecuali jerawat asyik naik je menempel, suka sangat nak hidup kat muka i ni. Please go away. Sekarang ni pukul 1:45 pagi. Teringat pula masa zaman semasa my Mr. Aliuddin newborn. Masa ni pump susu, steril botol susu, basuh botol susu dan makan minum. Andaiku punya suami untuk membantuku dikala itu pastinya aku tidak keletihan. Namunku sentiasa redha untuk segala yang belaku. Penat mental fizikalku tidak terluah. Terima kasih Allah bagi me peluang tu dalam hidupku. Allahu aku terlalu berterima kasih padaMu mengurniakanku detik yang indah itu 💗


bonda is always love you my son.

Wednesday 14 February 2018

Ketika aku menjadi isteri


Aku mempunyai seorang suami yang sangat baik dan penyanyang. Aku begitu tabah mengharungi segala dugaan dan kelukaan di alam rumah tangga. Sedangkan lidah lagi tergigit. Inikan pula suami isteri. Suamiku bukanlah berasal dari golongan bangsawan, juga sama sepertiku mempunyai pendidikan yang baik. Suamiku memberi kepercayaan kepadaku menguruskan duit sebanyak RM8k sebulan untuk aku dan anakku. Aku memegang amanah tersebut dengan begitu amanah dan berat di hati. Sentiasa aku memaksa suamiku untuk membuka akaun maybank sendiri untuk dia lakukan semuanya urusan kewangan. Kerana aku percaya bisikan syaitan yang direjam sentiasa ada. Harini aku mengemas bilik, terlampau banyak kotak kotak buku dan dokumen yang ada di dalam bilik. Aku buka satu persatu. Kotak cinta, kotak dokumen, kotak buku dan macam-macam. Yang aku kemaskan mula mula sekali ialah kotak resit resit sewaktu aku menjadi isteri. Bertahun resit di simpan, rupanya ia hanyalah sebuah sampah. Bila setiap pengorbanan yang dilakukan isteri dihargai suami, pasti hubungan itu akan menjadi lebih membahagiakan. Walaupun ada suami yang tidak pernah menghargai pengorbanan isteri namun aku percaya jauh disudut hati mereka punyai sezarah rasa penghargaan untuk isteri mereka.



 Dah banyak resit hilang dan pudar warna tulisannya. Aku berharap suatu hari nanti suamiku akan mengetahui berapa banyak jumlah setiap kali aku ke pasaraya membeli keperluan harian dan keperluan asas. Setiap kali ke pasaraya, jumlah yang banyak juga aku habiskan. Sekurangnya RM100. Sama juga jika aku ke pasar paling kurang RM50 perlu digunakan. Beli ikan dan ayam pun dah berapa..tak apalah Allah swt maha mengetahui. Setiap bulan, aku perlu mengetehui kemana aliran duit nafkah yang diberikan suami. Tiba-tiba terjumpa note untuk bulan 3,2017.







Setiap bulan, aku akan balik kampung 2 kali je. Balik dengan bas, datang semula dengan flight sebab nak kejar masa. Dari KLIA kena ambik airport bas RM50 untuk ke Batu Pahat. Sampai je Batu Pahat kena ambik teksi untuk ke rumah sewa. Begitulah selama setahun aku. Aku juga berterima kasih pada suamiku kerana mengambil tugas seorang ayah yang sanggup menampung keperluan pembelajaranku. Abahku seorang yang tidak kisah mengahbiskan duit untuk masa depan anaknya. Aku juga ingin begitu. Dari seringan skru hinggalah seberat drill aku belanjakan dengan nafkah itu. Final year project pula, aku terpaksa sewa kereta, setiap bulan, ulang alik buat research untuk project.

Rumahtangga akan bahagia bila ada persefahaman. Perbezaan itu padaku adalah perlu kerana kita punyai minat dan hobi yang tersendiri. Kita dibesarkan dengan cara yang berbeza. Melalui kehidupan yang berbeza. Aku dibesarkan dengan keadaan yang agak selesa walaupun tidaklah senang mana pun, kalau nak bayar yuram RM900 tu terus abah bagi, nak beli buku terus abah bagi duit, nak beli handphone terus abah belikan, nak laptop terus abah belikan. Bila kawin, suami belikan handphone, lepas dah rosak, agak keberatan nak keluarkan duit simpanan RM700 untuk beli OPPO, agak keberatan nak beli laptop guna saving sendiri RM1800, padahal abah tak keberatan pun belikan ku laptop 360' touch screen dengan harga RM3600. Aku sentiasa menyusahkan abahku dalam urusan duit, sampailah sekarang. Aku sedar, kasih sayang abah adalah sepanjang masa. Suami boleh pergi, abah tiada ganti. Bila bersuami, suamiku juga seperti itu, sentiasa memenuhi keperluanku. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? Allah mengingatkan manusia hingga berulang sampai 31 kali dengan kalimat yang sama, dengan jumlah huruf yang sama agar manusia mudah mengingatnya dan pandai bersyukur. Aku bersyukur dan redha dengan semua ujian dari ilahi.

~untuk makan dan minum kadang aku redha sahaja~


:)



Monday 5 February 2018

Cara tukar botol susu anak



Assalamualaikum. Hari ni you all buat apa? harini bonda nak share bila kena tukar botol susu anak? Kalau ikutkan, kita kena tukar setiap 6 bulan. Tak kira lah botol tu harag belasan ribu sekali pun wajib tukar setiap 6 bulan. Ramai kawan kawan bonda especially yang guna botol mahal tak tukar pun botol anak sampai lah bertahun tahun. tak apalah, tahu lah they all bila nak kena tukar and kenapa tak payah. 

Bila beli botol ataupun barang plastik untuk anak, wajib kena tengok label Bisphenol A yang juga dikenali dengan singkatannya BPA. Ia adalah sejenis bahan kimia yang terdapat di dalam kandungan plastik polikarbonat (polycarbonate). Polikarbonat ini adalah sejenis plastik yang jernih dan tahan lasak serta keras buatannya. Ia juga banyak digunakan di dalam pelbagai produk pengguna. Contoh seperti teether tu, wajib beli yang berkualiti.

bonda tukar setiap bulan. Dari awal memang dah ada 4 botol Avent, 2 tommpy tippy dan 2 pegeon. Kisahnya sebab anak bonda reject botol tu. Itulah yang jadi banyak. So bulan kedua bonda beli 4 botol dan tukar dengan yang lama. Bulan seterusnya pun beli 4 juga tukar dengan botol tommy tippe dan pegeon. So semuanya barulah. Sampailah dah umur setahun, dah kurangkan tukar sebab dah tak banyak sangat guna macam zaman zaman baby. 2 atau 3 bulan sekali bonda tukarlah. Sekarang dah 1 tahun 9 bulan, puting je yang tukar kerap. Saya tak adalah cerewet tapi kesihatan itu penting.


Bila ada crazy sale je cepat-cepat grab, tak ada duit pun meminjam dengan parent itu perkara biasa. Rasanya semua parent kat dunia ni gila sale barangan anak. Tapi awas..hehe lagi mahal dari kebiasaan. kalau pegi baby fair tu kadang mahal dari yang sepatutnya. Sebab tu dari awal, parent kena tahu price botol anak untuk satu unit. Contoh RM49 for normal price. Kalau baby fair same price, buat apa nak beli, baik tunggu sale kat pasaraya dapat half price. gittew


bersambung

Saturday 27 January 2018

Jangan Biarkan Hati Kita Penat Memberi Kasih dan Sayang, Walaupun Kita Seakan Tidak Dihargai & Dilupakan

Assalamualaikum.

Saya suka ayat ni, perempuan kalau frust jangan lama-lama, bangun dan bangkit cepat-cepat sebab rugi. Lagi-lagi kita orang yang beriman beriman yang tawakkal, kesedihan tidak boleh berkelanjutan. KErana orang beriman yakin bahAwa segala apa yang dimiliki manusia pada hakikatnya hanya titipan sementara dari Allah, yang suatu saat pasti akan dicabut kembali. Ketika kita mengalami kesedihan yang mendalam dan berkepanjangan. Sebab tu Nabi SAW menganjurkan untuk membaca doa-doa di bawah ini 

Jika kita merasa susah dan sedih, Nabi menganjurkan membaca doa:


 Ù„َا Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِÙ„َّا اللَّÙ‡ُ الْعَظِيمُ الْØ­َÙ„ِيمُ Ù„َا Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِÙ„َّا اللَّÙ‡ُ رَبُّ الْعَرْØ´ِ الْعَظِيمِ Ù„َا Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِÙ„َّا اللَّÙ‡ُ رَبُّ السَّÙ…َاوَاتِ Ùˆَرَبُّ الْØ£َرْضِ Ùˆَرَبُّ الْعَرْØ´ِ الْÙƒَرِيمِ
“Tiada tuhan melinkan Allah Yang Maha Besar lagi Maha penyantun. Tiada tuhan melainkan Allah Pengatur ‘Arsy Besar. Tiada tuhan melainkan Allah Pengatur langit, Pengatur bumi dan Pengatur ‘Arasy mulia.”
(H.R. Bukhari-Muslim)

Bila kita penat berikan kasih sayang kita terhadap manusia, tanpa manusia tersebut menghargai walau seinci, tanamkan di hati kita, people comes and go. Mungkin hari ni insan yang memberi kasih sayang itu sudah tiada lagi. So, usahlah sedih sebab kasih sayang itu tidak akan pernah habis selagi diizinkanNya. Maka, ambil masa mu sedikit untuk mencurahkan sayangmu kepada mereka yang selayaknya.Hubungilah dan ucapkan rasa rindumu kepada ibu ayah yang jauh di kampung, ucapkanlah sayangmu kepada teman sehidup dan sematimu, peluklah tubuh anak yang pernah ketika dahulu lahirnya memberi sebaris senyuman dibibirmu, genggamlah tangan mereka yang selalu ikhlas ada di sisi kita. Tunduklah dan sujudlah kepada Dia yang tidak pernah lelah memberi segala-galanya yang kita perlukan.

Saya, kalau dah penat memberi kasih yang tidak dihargai, saya biarkan sahaja. Hidup ni terlalu singkat. Banyak benda lagi kita nak buat atas muka bumi ni. Tak perlu nak sedih sedih, life must be go on. Sebenarnya, bila kita tidak dihargai, di situlah kita belajar erti kehidupan. Di saat kita merasa tidak di hargai juga, tanpa disedari sebenarnya kita adalah lebih bernilai dari mereka. Kerana kita tidak mempunyai apa-apa, kita tidak dihargai. Bila kita mempunyai semua harta pangkat barulah manusia menghargai walaupun tidak suka namun ada sukanya. its called life!

Kita bersedih? Kita akan rugi, Kita senyum, maka Kita akan bahagia. Manusia itu, harus juga bijaksana dalam buat kebaikan. Wallahu’alam.

Untuk diri saya sendiri terutamanya.
Semoga ALLAh merahmati.


“Ya Rahman, Ya Rahim..Engkau isikanlah hati ini dengan rasa kasih dan sayang dan bantulah aku dalam memilih tepat tangguk hati yang benar-benar untuk aku curahkan rasa kasih ini. Ajari aku ikhlas dalam setiap curahan pengorbanan kasih dan sayang ini.”

 

 

Thursday 25 January 2018

Eco Tropics kota Masai Ecoworld, Johor



Assalamualaiku. Rindu nak blogging. Belum menyempat nak melawat rakan-rakan blogger. Dengan harapan you all ingat ai ni ye. huhu

Entry ni pasal Taman Eco Tropics Kota Masai. Inilah kali terakhir aku datang sini. Sebenarnya dah kali kedua datang tempat nie. 1st time pegi dulu, April 2017 masa tu ada flower. Macam musim bunga gitew. Kali ni dah hilang semua bunga, yang ada bunga di hati. Semoga hati ini sentiasa berbunga mekar harum mewangi. Masa ni hujan renyai-renyai, gigih je datang sini cepat-cepat sebelum hujan turun. Sebab dah tahu cuaca hujan.




comel je sheep ni
hopefully kalau pegi lagi akan ada yang sudi duduk sebelah
rasa cantik pulak pose kat sini haha

aku dah tak berangan rumah cantik lagi dah kat negeri orang :)

kali ni berangan nak bina rumah atas tanah sendiri di kampung sendiri. Biarlah kecil asalkan ada tempat berteduh dan tak menyusahkan.

:)



Nota kaki:: Ujian hidup yang datang ialah tarbiah dari ilahi. Biarlah Dia yang mengatur semuanya keindahan itu datang pada waktunya.

Faeature post

Review first time in Langkawi