Wednesday 14 February 2018

Ketika aku menjadi isteri


Aku mempunyai seorang suami yang sangat baik dan penyanyang. Aku begitu tabah mengharungi segala dugaan dan kelukaan di alam rumah tangga. Sedangkan lidah lagi tergigit. Inikan pula suami isteri. Suamiku bukanlah berasal dari golongan bangsawan, juga sama sepertiku mempunyai pendidikan yang baik. Suamiku memberi kepercayaan kepadaku menguruskan duit sebanyak RM8k sebulan untuk aku dan anakku. Aku memegang amanah tersebut dengan begitu amanah dan berat di hati. Sentiasa aku memaksa suamiku untuk membuka akaun maybank sendiri untuk dia lakukan semuanya urusan kewangan. Kerana aku percaya bisikan syaitan yang direjam sentiasa ada. Harini aku mengemas bilik, terlampau banyak kotak kotak buku dan dokumen yang ada di dalam bilik. Aku buka satu persatu. Kotak cinta, kotak dokumen, kotak buku dan macam-macam. Yang aku kemaskan mula mula sekali ialah kotak resit resit sewaktu aku menjadi isteri. Bertahun resit di simpan, rupanya ia hanyalah sebuah sampah. Bila setiap pengorbanan yang dilakukan isteri dihargai suami, pasti hubungan itu akan menjadi lebih membahagiakan. Walaupun ada suami yang tidak pernah menghargai pengorbanan isteri namun aku percaya jauh disudut hati mereka punyai sezarah rasa penghargaan untuk isteri mereka.



 Dah banyak resit hilang dan pudar warna tulisannya. Aku berharap suatu hari nanti suamiku akan mengetahui berapa banyak jumlah setiap kali aku ke pasaraya membeli keperluan harian dan keperluan asas. Setiap kali ke pasaraya, jumlah yang banyak juga aku habiskan. Sekurangnya RM100. Sama juga jika aku ke pasar paling kurang RM50 perlu digunakan. Beli ikan dan ayam pun dah berapa..tak apalah Allah swt maha mengetahui. Setiap bulan, aku perlu mengetehui kemana aliran duit nafkah yang diberikan suami. Tiba-tiba terjumpa note untuk bulan 3,2017.







Setiap bulan, aku akan balik kampung 2 kali je. Balik dengan bas, datang semula dengan flight sebab nak kejar masa. Dari KLIA kena ambik airport bas RM50 untuk ke Batu Pahat. Sampai je Batu Pahat kena ambik teksi untuk ke rumah sewa. Begitulah selama setahun aku. Aku juga berterima kasih pada suamiku kerana mengambil tugas seorang ayah yang sanggup menampung keperluan pembelajaranku. Abahku seorang yang tidak kisah mengahbiskan duit untuk masa depan anaknya. Aku juga ingin begitu. Dari seringan skru hinggalah seberat drill aku belanjakan dengan nafkah itu. Final year project pula, aku terpaksa sewa kereta, setiap bulan, ulang alik buat research untuk project.

Rumahtangga akan bahagia bila ada persefahaman. Perbezaan itu padaku adalah perlu kerana kita punyai minat dan hobi yang tersendiri. Kita dibesarkan dengan cara yang berbeza. Melalui kehidupan yang berbeza. Aku dibesarkan dengan keadaan yang agak selesa walaupun tidaklah senang mana pun, kalau nak bayar yuram RM900 tu terus abah bagi, nak beli buku terus abah bagi duit, nak beli handphone terus abah belikan, nak laptop terus abah belikan. Bila kawin, suami belikan handphone, lepas dah rosak, agak keberatan nak keluarkan duit simpanan RM700 untuk beli OPPO, agak keberatan nak beli laptop guna saving sendiri RM1800, padahal abah tak keberatan pun belikan ku laptop 360' touch screen dengan harga RM3600. Aku sentiasa menyusahkan abahku dalam urusan duit, sampailah sekarang. Aku sedar, kasih sayang abah adalah sepanjang masa. Suami boleh pergi, abah tiada ganti. Bila bersuami, suamiku juga seperti itu, sentiasa memenuhi keperluanku. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? Allah mengingatkan manusia hingga berulang sampai 31 kali dengan kalimat yang sama, dengan jumlah huruf yang sama agar manusia mudah mengingatnya dan pandai bersyukur. Aku bersyukur dan redha dengan semua ujian dari ilahi.

~untuk makan dan minum kadang aku redha sahaja~


:)



No comments:

Post a Comment

Faeature post

Review first time in Langkawi