Saturday 27 January 2018

Jangan Biarkan Hati Kita Penat Memberi Kasih dan Sayang, Walaupun Kita Seakan Tidak Dihargai & Dilupakan

Assalamualaikum.

Saya suka ayat ni, perempuan kalau frust jangan lama-lama, bangun dan bangkit cepat-cepat sebab rugi. Lagi-lagi kita orang yang beriman beriman yang tawakkal, kesedihan tidak boleh berkelanjutan. KErana orang beriman yakin bahAwa segala apa yang dimiliki manusia pada hakikatnya hanya titipan sementara dari Allah, yang suatu saat pasti akan dicabut kembali. Ketika kita mengalami kesedihan yang mendalam dan berkepanjangan. Sebab tu Nabi SAW menganjurkan untuk membaca doa-doa di bawah ini 

Jika kita merasa susah dan sedih, Nabi menganjurkan membaca doa:


 لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَرَبُّ الْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ
“Tiada tuhan melinkan Allah Yang Maha Besar lagi Maha penyantun. Tiada tuhan melainkan Allah Pengatur ‘Arsy Besar. Tiada tuhan melainkan Allah Pengatur langit, Pengatur bumi dan Pengatur ‘Arasy mulia.”
(H.R. Bukhari-Muslim)

Bila kita penat berikan kasih sayang kita terhadap manusia, tanpa manusia tersebut menghargai walau seinci, tanamkan di hati kita, people comes and go. Mungkin hari ni insan yang memberi kasih sayang itu sudah tiada lagi. So, usahlah sedih sebab kasih sayang itu tidak akan pernah habis selagi diizinkanNya. Maka, ambil masa mu sedikit untuk mencurahkan sayangmu kepada mereka yang selayaknya.Hubungilah dan ucapkan rasa rindumu kepada ibu ayah yang jauh di kampung, ucapkanlah sayangmu kepada teman sehidup dan sematimu, peluklah tubuh anak yang pernah ketika dahulu lahirnya memberi sebaris senyuman dibibirmu, genggamlah tangan mereka yang selalu ikhlas ada di sisi kita. Tunduklah dan sujudlah kepada Dia yang tidak pernah lelah memberi segala-galanya yang kita perlukan.

Saya, kalau dah penat memberi kasih yang tidak dihargai, saya biarkan sahaja. Hidup ni terlalu singkat. Banyak benda lagi kita nak buat atas muka bumi ni. Tak perlu nak sedih sedih, life must be go on. Sebenarnya, bila kita tidak dihargai, di situlah kita belajar erti kehidupan. Di saat kita merasa tidak di hargai juga, tanpa disedari sebenarnya kita adalah lebih bernilai dari mereka. Kerana kita tidak mempunyai apa-apa, kita tidak dihargai. Bila kita mempunyai semua harta pangkat barulah manusia menghargai walaupun tidak suka namun ada sukanya. its called life!

Kita bersedih? Kita akan rugi, Kita senyum, maka Kita akan bahagia. Manusia itu, harus juga bijaksana dalam buat kebaikan. Wallahu’alam.

Untuk diri saya sendiri terutamanya.
Semoga ALLAh merahmati.


“Ya Rahman, Ya Rahim..Engkau isikanlah hati ini dengan rasa kasih dan sayang dan bantulah aku dalam memilih tepat tangguk hati yang benar-benar untuk aku curahkan rasa kasih ini. Ajari aku ikhlas dalam setiap curahan pengorbanan kasih dan sayang ini.”

 

 

Thursday 25 January 2018

Eco Tropics kota Masai Ecoworld, Johor



Assalamualaiku. Rindu nak blogging. Belum menyempat nak melawat rakan-rakan blogger. Dengan harapan you all ingat ai ni ye. huhu

Entry ni pasal Taman Eco Tropics Kota Masai. Inilah kali terakhir aku datang sini. Sebenarnya dah kali kedua datang tempat nie. 1st time pegi dulu, April 2017 masa tu ada flower. Macam musim bunga gitew. Kali ni dah hilang semua bunga, yang ada bunga di hati. Semoga hati ini sentiasa berbunga mekar harum mewangi. Masa ni hujan renyai-renyai, gigih je datang sini cepat-cepat sebelum hujan turun. Sebab dah tahu cuaca hujan.




comel je sheep ni
hopefully kalau pegi lagi akan ada yang sudi duduk sebelah
rasa cantik pulak pose kat sini haha

aku dah tak berangan rumah cantik lagi dah kat negeri orang :)

kali ni berangan nak bina rumah atas tanah sendiri di kampung sendiri. Biarlah kecil asalkan ada tempat berteduh dan tak menyusahkan.

:)



Nota kaki:: Ujian hidup yang datang ialah tarbiah dari ilahi. Biarlah Dia yang mengatur semuanya keindahan itu datang pada waktunya.

Kerana Kasih Ayah Sepanjang Masa..


Kita terlupa betapa satu ketika dahulu, mereka sangat menyayangi kita lebih dari nyawa mereka sendiri. Walaupun anak dah bertukar status anak, kasih ayah adalah sepanjang masa.


Masa nak kawin abah kata tak ada duit, tapi Allah permudahkan juga untuk majlis kesyukuran sahaja. Masa tu aku pun tak ada duit jugak. Aku guna semua duit hantaran untuk persiapan majlis perkahwinan. Lepas kawin abah bagi duit aku menyara kehidupan sebab dia tahu anak perempuan dia akan melalui kesusahan hidup. Sekarang dah tinggal sekerat duit dari seketul itu. Inshaallah ada rezeki kak long ganti semula duit abah. Walaupun orang kata ibu abah menumpang kemewahan duit daripada orang lain, aku mampu mendengar sahaja. Kerana sesungguhnya aku tahu Allah SWT Maha mendengar lagi maha mengasihani. Lepas kawin hidup terlampau susah, tak pernah untukku lalui semua itu, alhamdulillah mempunyai seorang abah yang sentiasa ada di kala aku perlukan. sampailah sekarang pun abah sentiasa membantuku.

Abah bagi semua duit daripada majlis kesyukuran dan dia pesan ''kita perempuan kena ada simpanan untuk masa depan kita''. Masa tu aku angguk je. Sedar tak sedar dah tak banyak duit simpanan tu. Ayah kita lah orang yang tak pernah akan mengungkit pemberian harta makan minum pakai dan semuanya. Sekarang ni barulah aku faham apa yang dimaksudkan oleh abah.

Paling aku menyayat hati sekali masa nak pindah balik kampung dari Johor. Kereta abah rosak tengah jalan. Terpaksa stay dekat hotel sebab kereta tengah repair. Masa tu terlampau sedih, abah kata abah tak ada duit masa tu sebab banyak benda nak kena buat dengan duit masa tu. Tapi aku paksa jugak abah untuk datang uruskan barang-barang dalam rumah sewa. Akhirnya abah datang jugak. Masa tu aku tak de pun hulur abah duit. Sebab aku pun masa tu tak ada duit jugak.

Sejak ASB dah guna sistem bookless, aku dah tak menabung dalam ASB tu lagi.

Wahai anak, rebutlah kesempatan yang masih Allah berikan pada kita hari ini. Hargailah mereka, sayangi mereka dan mohonlah ampun maaf atas segala salah silap kita selama ini. Semoga dengan doa dan restu mereka, nescaya tergolonglah kita di dalam golongan insan yang berbahagia dan berjaya bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat kelak. Kerna sesungguhnya, redha Allah swt itu datangnya jua daripada redha ayah dan ibu.



i am me


Sekarang ni bonda berusia 30 tahun. Born in 1988.

Dulu lepas sekolah aku masuk form 6. Result teruk 2A 4B 2C. Syukur alhamdulillah dengan result tu usaha dan tawakal aku mempunyai ijazah sarjana muda pendidikan. Lepas tu aku dapat offer dari politeknik dalam Diploma Kejuruteraan Elektronik. Then lepas habis pengajian, Allahuakbar susahnya nak dapat kesenangan hidup. Masa tu aku terus masuk UNIKL BMI. Masa tu aku betul betul down, depress. nak masuk universiti awam tak lepas pun. Aku cuba, aku usaha.Lepas tu aku mula tercari-cari apa yang aku nak dalam hidup. Aku mula terasa rendah diri malu bila tengok kawan-kawan yang lain dapat kerja bagus bagus dengan diploma, sedangkan aku masih tertatih mencari erti kehidupan. Then aku buat pensijilan Sijil Kemahiran Malaysia dan buat pensijilan Pegawai Latihan Vokasional. Pada masa yang sama aku terus melabur duit beli no.pin UPU. Rezeki lambat atau cepat, milik kita jua inshaallah. Pada masa yang sama keliru, nak masuk UPSI ke UTHM? Puas aku fikrikan, kalau masuk UPSI 4 tahun, so pilihan yang ada masa tu UTHM lah 3 tahun je. Pada masa yang sama aku juga menceburi bidang kecantikan, juruestetika..dan tiba tiba terfikir kenapa tak buat duit dengan kesukaan kita. belum habis belajar je, aku daftar Open University sebab dekat je dengan rumah. Lagipun dah ada anak ni, semua tindak tanduk perjalanan kita akan ada pilihan bersama anak. Dah satu sem berlalu, aku gagahkan diri untuk stop daripada sambung belajar. Inshallah aku tahu Allah swt sayangkan ku sebab tu Dia bagi ujian ni. Terlalu berat untuk aku mengahrungi dugaan ini. Walau apa pun, Allah dah aturkan perjalanan hidup kita, kita perlu berusaha dan tawakal padaNya. Mana tahu Allah nak bagi yang lebih baik lagi pada masa akan datang. Aku tahu Allah gantikan kesedihanku untuk ambil tawaran KPM untuk cuti sambung belajar. Aku berazam untuk menjadi pelajar yang baik pada masa itu. (Anak masuk sekolah, mak sibuk je nak masuk sekolah jugak), i will do everything sayang untuk masa depan kita berdua.

Kisah susahnya kehidupan 
:)
My nyawa, Muhammad Fahim Aliuddin

Welcome 2018

Assalamualaikum. 

welcome 2018, semoga membawa kebahagiaan dan keceriaan dalam hidupku. Alhamdulillah, i will active back as blogger. Bonda mula blogging masa form 6. Masa tu subjek teknologi komputer. Seronok 1st time dapat pegang komputer macam komputer sendiri.  Hehe. Bonda berasal dari keluarga yang sederhana sahaja. Tak mampu abah belikan komputer. Alhamdulillah dah 3 biji laptop abah belikan untuk bonda. Bonda jadikan ia sebagai tips mendidik anak-anak. Masa form 6 abah belikan laptop Acer. Masuk UTHM, abah bagi duit beli laptop ASUS 360' flip touch screen. Tak sampai setahun motherboard rosak. Tak boleh repair dah. Lepas tu beli Acer RM1600 warna merah. sampai sekarang guna yang inilah. walaupun function dia tak sama dengan sebelum ni sebab semuanya basic, terima aje lah kan. walaupun abah tak ada duit, abah akan usaha jugak untuk belikan anak-anak dia laptop sebiji seorang. Anak masuk universiti je beli laptop. Kalau dikumpul-kumpul semua duit tu, abah dah boleh pegi umrah dengan ibu. Bonda pun nak pegi umrah jugak secepat mungkin. Bonda tak sabar nak rasa feeling mengerjakan umrah tu. Inshaallah. Moga dipermudahkan ilahi.

Kalau ikutkan dah banyak blogspot. bila nak mulakan hidup baru je, buat blog baru. harap blog ni kekal lama lah sampai ke usia senja. Nanti next 25 year, bonda jadi nenda. Bonda mempunyai seorang anak je, anak lelaki. Harap bonda ada ramai cucunda lah ye :) nanti dia masuk sekolah rendah, bonda berazam nak belikan dia komputer untuk pendidikan. Pandailah bonda block apa yang tak patut. 

Rasanya ramai kenalan bonda masa active blogger zaman muda-muda dulu. Tak sempat lagi nak follow.


Faeature post

Review first time in Langkawi