Thursday 25 January 2018

i am me


Sekarang ni bonda berusia 30 tahun. Born in 1988.

Dulu lepas sekolah aku masuk form 6. Result teruk 2A 4B 2C. Syukur alhamdulillah dengan result tu usaha dan tawakal aku mempunyai ijazah sarjana muda pendidikan. Lepas tu aku dapat offer dari politeknik dalam Diploma Kejuruteraan Elektronik. Then lepas habis pengajian, Allahuakbar susahnya nak dapat kesenangan hidup. Masa tu aku terus masuk UNIKL BMI. Masa tu aku betul betul down, depress. nak masuk universiti awam tak lepas pun. Aku cuba, aku usaha.Lepas tu aku mula tercari-cari apa yang aku nak dalam hidup. Aku mula terasa rendah diri malu bila tengok kawan-kawan yang lain dapat kerja bagus bagus dengan diploma, sedangkan aku masih tertatih mencari erti kehidupan. Then aku buat pensijilan Sijil Kemahiran Malaysia dan buat pensijilan Pegawai Latihan Vokasional. Pada masa yang sama aku terus melabur duit beli no.pin UPU. Rezeki lambat atau cepat, milik kita jua inshaallah. Pada masa yang sama keliru, nak masuk UPSI ke UTHM? Puas aku fikrikan, kalau masuk UPSI 4 tahun, so pilihan yang ada masa tu UTHM lah 3 tahun je. Pada masa yang sama aku juga menceburi bidang kecantikan, juruestetika..dan tiba tiba terfikir kenapa tak buat duit dengan kesukaan kita. belum habis belajar je, aku daftar Open University sebab dekat je dengan rumah. Lagipun dah ada anak ni, semua tindak tanduk perjalanan kita akan ada pilihan bersama anak. Dah satu sem berlalu, aku gagahkan diri untuk stop daripada sambung belajar. Inshallah aku tahu Allah swt sayangkan ku sebab tu Dia bagi ujian ni. Terlalu berat untuk aku mengahrungi dugaan ini. Walau apa pun, Allah dah aturkan perjalanan hidup kita, kita perlu berusaha dan tawakal padaNya. Mana tahu Allah nak bagi yang lebih baik lagi pada masa akan datang. Aku tahu Allah gantikan kesedihanku untuk ambil tawaran KPM untuk cuti sambung belajar. Aku berazam untuk menjadi pelajar yang baik pada masa itu. (Anak masuk sekolah, mak sibuk je nak masuk sekolah jugak), i will do everything sayang untuk masa depan kita berdua.

Kisah susahnya kehidupan 
:)
My nyawa, Muhammad Fahim Aliuddin

No comments:

Post a Comment

Faeature post

Review first time in Langkawi