Thursday 25 January 2018

Kerana Kasih Ayah Sepanjang Masa..


Kita terlupa betapa satu ketika dahulu, mereka sangat menyayangi kita lebih dari nyawa mereka sendiri. Walaupun anak dah bertukar status anak, kasih ayah adalah sepanjang masa.


Masa nak kawin abah kata tak ada duit, tapi Allah permudahkan juga untuk majlis kesyukuran sahaja. Masa tu aku pun tak ada duit jugak. Aku guna semua duit hantaran untuk persiapan majlis perkahwinan. Lepas kawin abah bagi duit aku menyara kehidupan sebab dia tahu anak perempuan dia akan melalui kesusahan hidup. Sekarang dah tinggal sekerat duit dari seketul itu. Inshaallah ada rezeki kak long ganti semula duit abah. Walaupun orang kata ibu abah menumpang kemewahan duit daripada orang lain, aku mampu mendengar sahaja. Kerana sesungguhnya aku tahu Allah SWT Maha mendengar lagi maha mengasihani. Lepas kawin hidup terlampau susah, tak pernah untukku lalui semua itu, alhamdulillah mempunyai seorang abah yang sentiasa ada di kala aku perlukan. sampailah sekarang pun abah sentiasa membantuku.

Abah bagi semua duit daripada majlis kesyukuran dan dia pesan ''kita perempuan kena ada simpanan untuk masa depan kita''. Masa tu aku angguk je. Sedar tak sedar dah tak banyak duit simpanan tu. Ayah kita lah orang yang tak pernah akan mengungkit pemberian harta makan minum pakai dan semuanya. Sekarang ni barulah aku faham apa yang dimaksudkan oleh abah.

Paling aku menyayat hati sekali masa nak pindah balik kampung dari Johor. Kereta abah rosak tengah jalan. Terpaksa stay dekat hotel sebab kereta tengah repair. Masa tu terlampau sedih, abah kata abah tak ada duit masa tu sebab banyak benda nak kena buat dengan duit masa tu. Tapi aku paksa jugak abah untuk datang uruskan barang-barang dalam rumah sewa. Akhirnya abah datang jugak. Masa tu aku tak de pun hulur abah duit. Sebab aku pun masa tu tak ada duit jugak.

Sejak ASB dah guna sistem bookless, aku dah tak menabung dalam ASB tu lagi.

Wahai anak, rebutlah kesempatan yang masih Allah berikan pada kita hari ini. Hargailah mereka, sayangi mereka dan mohonlah ampun maaf atas segala salah silap kita selama ini. Semoga dengan doa dan restu mereka, nescaya tergolonglah kita di dalam golongan insan yang berbahagia dan berjaya bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat kelak. Kerna sesungguhnya, redha Allah swt itu datangnya jua daripada redha ayah dan ibu.



No comments:

Post a Comment

Faeature post

Review first time in Langkawi