Thursday 25 January 2018

Welcome 2018

Assalamualaikum. 

welcome 2018, semoga membawa kebahagiaan dan keceriaan dalam hidupku. Alhamdulillah, i will active back as blogger. Bonda mula blogging masa form 6. Masa tu subjek teknologi komputer. Seronok 1st time dapat pegang komputer macam komputer sendiri.  Hehe. Bonda berasal dari keluarga yang sederhana sahaja. Tak mampu abah belikan komputer. Alhamdulillah dah 3 biji laptop abah belikan untuk bonda. Bonda jadikan ia sebagai tips mendidik anak-anak. Masa form 6 abah belikan laptop Acer. Masuk UTHM, abah bagi duit beli laptop ASUS 360' flip touch screen. Tak sampai setahun motherboard rosak. Tak boleh repair dah. Lepas tu beli Acer RM1600 warna merah. sampai sekarang guna yang inilah. walaupun function dia tak sama dengan sebelum ni sebab semuanya basic, terima aje lah kan. walaupun abah tak ada duit, abah akan usaha jugak untuk belikan anak-anak dia laptop sebiji seorang. Anak masuk universiti je beli laptop. Kalau dikumpul-kumpul semua duit tu, abah dah boleh pegi umrah dengan ibu. Bonda pun nak pegi umrah jugak secepat mungkin. Bonda tak sabar nak rasa feeling mengerjakan umrah tu. Inshaallah. Moga dipermudahkan ilahi.

Kalau ikutkan dah banyak blogspot. bila nak mulakan hidup baru je, buat blog baru. harap blog ni kekal lama lah sampai ke usia senja. Nanti next 25 year, bonda jadi nenda. Bonda mempunyai seorang anak je, anak lelaki. Harap bonda ada ramai cucunda lah ye :) nanti dia masuk sekolah rendah, bonda berazam nak belikan dia komputer untuk pendidikan. Pandailah bonda block apa yang tak patut. 

Rasanya ramai kenalan bonda masa active blogger zaman muda-muda dulu. Tak sempat lagi nak follow.


No comments:

Post a Comment

Faeature post

Review first time in Langkawi